Monday, 16 March 2020

KESIMPULAN

            Melalui pengajaran dan pembelajaran yang mengikut arus perkembangan  pendidikan terkini, pengajaran dan pembelajaran harus memberi penekanan yang sewajarnya. Penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi seperti media teknologi pengajaran di sekolah dapat memberi impak yang positif kepada semua pendidik dan murid-murid disekolah.  Antara contoh teknologi pengajaran tersebut, seperti penggunaan media pengajaran yang berbentuk grafik mahupun menggunakan bahan audio. Tambahan pula, penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi impak yang besar kepada murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka peluang kepada murid untuk berfikir aras tinggi.

            Sebagai kesimpulan, dalam sepanjang menyiapkan tugasan ini , saya banyak belajar sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mana sebelum ini saya hanya mengetahui yang asas sahaja. Diharapkan apa yang saya perolehi sepangjang menyiapkan blog  ini dapat diaplikasikan dalam P&P nanti ketika keluar berpraktikum dan seterusnya setelah bergelar guru nanti.

STATISTIK TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN





LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN



1) KEMUDAHAN TEKNOLOGI YANG MENCUKUPI
Penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat dalam sistem persekolahan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pembekalan komputer juga perlu dibekalkan untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.

Image result for KEMUDAHAN TEKNOLOGI MENCUKUPI


2) KEPIMPINAN
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan 
berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. 
  






3) PENYIARAN RANCANGAN PENDIDIKAN
Rancangan pendidikan sekolah rendah dan menengah perlu dipergiatkan lagi penyiarannya agar medium pendidikan secara elektronik dapat digunakan secara meluas oleh semua pelajar. Bukan hanya siaran berbayar sahaja seperti astro yang menyiarkan rancangan berbentuk pendidikan, malah siaran televisyen swasta dan kerajaan seharusnya perlu turut menambahkan rancangan pendidikan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.




4) PENDIDIKAN SECARA MAYA
Penggunaan internet secara berterusan dapat membantu pelajar dalam pelbagai perkara. Pembelajaran secara maya sememangnya sangat berguna terutamanya jarak tempat antara kediaman guru dengan pelajar adalah jauh. Hal ini menyukarkan pelajar berjumpa dengan guru apabila menghadapi sebarang masalah mengenai pembelajaran mereka. Dengan adanya internet ini, pelajar dapat bertanya kepada guru secara langsung melalui webcam dan ini sekaligus dapat menjimatkan masa serta membolehkan penggunaan teknologi ini menjadi rutin harian pelajar.



5) PENGGUNAAN TEKNOLOGI SECARA MELUAS
Pelbagai alatan berkaitan dengan pendidikan boleh diguna semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kamus Besta yang mudah dibawa kemana-mana memudahkan pelajar mencari maksud sesuatu ayat dalam bahasa English. Hal ini membantu kelangsungan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, penyimpanan maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran di kelas dengan menggunakan tumbdrive dan komputer riba atau komputer membolehkan penggunaan alat teknologi menjadi rutin harian.


FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen ,2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.








Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding dengan murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent” adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam “fielddependent” mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian  dan pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.




Melalui portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room dan sebagainya guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan murid dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar Negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.

Selain itu, juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya mempunyai perkembangan iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam ICT  adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai baik untuk pembelajaran merentasi kurikulum dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan baik dan kebolehan ICT secara serentak.

Sebagaimana media pendidikan yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. ICT adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar murid. Manfaat lain pula membawa erti murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran ICT boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.

Kemampuan ICT memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada
pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej ICT boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali.
Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran.



PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM




       Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek,emosi dan spiritualnya,maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia lebih-lebih lagi pada era digital ini.Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan tumpuan dalam usaha untuk merealisasikan harapan untuk melahirkan generasi yang bijak pandai menjelang abad 2020.

            Information and Communication Technology ( ICT ) ataupun dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan suatu kaedah yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran abad ini.Teknologi ini dan adalah salah satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar.Bermulanya kaedah pengajaran dengan menggunakan kapur,kini dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional tersebut kepada kedah pengajaran yang lebih canggih lagi iaitu penggunaan komputer,bahan elektronik,LCD,kamera digital dan lain-lain lagi dalam proses PDP abad ini.Dalam hal ini tidak dinafikan lagi kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kelebihan kepada murid dan guru.


















PENGENALAN KUMPULAN

KRISHNAVENI A/P PALANIVEL
16DPM19F1049
DIPLOMA PERNIAGAAN




LEE XUAN HUI
16DPM19F1009
DIPLOMA PERNIAGAAN



LAU KA YEE
16DPM19F1029
DIPLOMA PERNIAGAAN