Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen ,2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara murid belajar dan cara guru mengajar. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Beberapa kajian (Abdul Rahim 1998a : 1998b) telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran dikalangan murid. Adanya yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai “fielddependent” berbanding dengan murid “fielddependent”. ( Abdul Rahim Saad,2000). Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam “fielddependent” adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam “fielddependent” mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep,prinsip,peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual.grafik,teks,muzik,video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka ,mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
Melalui portal-portal pendidikan yang sediakan sama ada portal tempatan atau luar ,guru dan murid dapat memanfaatkan sebaik mugkin.portal pendidikan dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Melalui penggunaan komunikasi elektronik (emel) net meeting ,chat room dan sebagainya guru dan murid adapat bertukar-tukar idea sesame sendiri atau dengan guru dan murid dari sekolah yang berlainan. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari luar Negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan.
Selain itu, juga faktor yang mempengaruhi integrasi dalam bilik darjah seharusnya mempunyai perkembangan iaitu hugungan diantara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam ICT adalah berbentuk saling bergantung. Sebenarnya kebolehan ICT dikalangan murid boleh dianggap sebagai baik untuk pembelajaran merentasi kurikulum dan adalah wajar bagi setiap bilik darjah untuk merancang pembangunan baik dan kebolehan ICT secara serentak.
Sebagaimana media pendidikan yang lain, ICT adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. ICT adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar murid. Manfaat lain pula membawa erti murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran ICT boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.
Kemampuan ICT memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada
pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej ICT boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali.
Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu ,ICT menjadi sangat berguna keada murid Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran.


No comments:
Post a Comment