Melalui pengajaran dan pembelajaran yang mengikut arus perkembangan pendidikan terkini, pengajaran dan pembelajaran harus memberi penekanan yang sewajarnya. Penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi seperti media teknologi pengajaran di sekolah dapat memberi impak yang positif kepada semua pendidik dan murid-murid disekolah. Antara contoh teknologi pengajaran tersebut, seperti penggunaan media pengajaran yang berbentuk grafik mahupun menggunakan bahan audio. Tambahan pula, penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan web dapat memberi impak yang besar kepada murid untuk meneroka ilmu yang dipelajari dan membuka peluang kepada murid untuk berfikir aras tinggi.
Sebagai kesimpulan, dalam sepanjang menyiapkan tugasan ini , saya banyak belajar sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mana sebelum ini saya hanya mengetahui yang asas sahaja. Diharapkan apa yang saya perolehi sepangjang menyiapkan blog ini dapat diaplikasikan dalam P&P nanti ketika keluar berpraktikum dan seterusnya setelah bergelar guru nanti.
No comments:
Post a Comment